Monday, July 27, 2009

Catatan seorang Perunding Takaful.....

Jangan sekali-kali di sebut perkataan perlindungan atau ayat mudahnya " Insurance " ... di dalam persekitaran hari ini.....dari 100 responden yang di tanya....mungkin satu yang memang tercari-cari perlindungan pelan untuk dirinya mahupun keluarganya....

Yang lain-lain semuanya angkat kaki...cabut lari bila seseorang seperti kami menghampiri...itulah senarionya di hari ini.... masalah mentaliti yang susah untuk di ubah....tiada sesiapa bersalah di dalam hal ini.....itu dah memang realitinya...

Tapi itu dahulu......kini dengan adanya Perunding-Perunding yang terlatih seperti kami di eTiQa Takaful Berhad...kami sanggup di maki dan sebagainya demi memertabatkan syiar dan produk-produk Islam... Kami sedaya upaya terangkan yang produk di eTiQa Takaful Bhd lebih kepada Simpanan Anda... Nyata kerana produk kami bukan hanya melindungi para peserta tapi yang pasti nilai simpanan akan berganda....

Bila di tunjukkan pengiraan simpanan di produk kami...bagaimana pecahan Akaun Simpanan Peserta ...dan Kadar Mudharabah kami... ramai yang tertanya-tanya...betulkah begitu?...betulkah begini...?...kenapa saya tidak tahu dari dulu...???? itulah tak kenal maka tak cinta....itulah yang menguatkan azam saya untuk terus berkecimpung sebagai wakil Perunding Takaful..... sekian...sampai ketemu!!!!

No comments: